SUKAN LAIN
ISG: Skuad berpasukan compound negara tuai emas pertama di Konya
Skuad memanah compound berpasukan lelaki negara mengotakan janji untuk menuai pingat emas di Sukan Solidariti Islam (ISG) selepas menewaskan Indonesia di pentas akhir menerusi kemenangan 229 berbalas 228.
Individu yang muncul tulang kebalakang kejayaan ini sudah pasti, Mohd Juwaidi Mazuki yang mengetuai Alang Ariff Aqil dan Eugenius Loh.
Aksi pertembungan ulangan final Sukan SEA Hanoi itu sekali lagi memihak skuad negara dengan Juwaidi menyumbang mata keseluruhan terbanyak bagi trio negara ini.
Iklan
Untuk rekod, ini pingat emas pertama negara di temasya kali ini sejak membuka tirainya 9 Ogos lalu
"Saya mengucapkan tahniah buat rakan sepasukan walaupun mereka masih muda, semangat serta keberanian yang dimiliki menjadi kejayaan buat Malaysia," kata Juwaidi.
"Ini merupakan aksi final ulangan Sukan SEA bertemu Indonesia, mereka mengekalkan trio sama berbanding kami hadir dengan dua pemanah yang berbeza dalam saingan trio kali ini.
"Saya cukup berbangga dengan mereka dan pingat emas ini cukup membanggakan."
Sementara itu, Wakil perseorangan kata negara, Muhammad Aiqal Asmadie, mencipta kejutan untuk menempatkan dalam kalangan empat atlet terbaik.
Aiqal yang baru berusia 18 tahun mempamerkan kekemasan dalam persembahannya dengan memilih gaya persembahan kata 'annan dai' serta kata 'suparenpai' di dalam dua persembahnnya dan menggumpul 23 perpuluhan 8 mata.
Ini membolehkan atlet kelahiran Wilayah Persekutuan Labuan itu beraksi dalam persembahan penentuan gangsa lewat malam ini.
Must-Watch Video