Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) terpaksa menunda pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu berikutan timbulnya beberapa masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
ISAM sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi pemilihan pucuk pimpinan baru selepas tempoh kepimpinan sedia ada tamat tahun lalu.
Begitupun, ia ditangguhkan ke awal tahun ini berikutan ingin memberikan tumpuan kepada persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.
AGM ISAM yang berlangsung hari ini, bagaimanapun, bertukar menjadi sesi perbincangan selepas terdapat beberapa masalah.
Presiden ISAM, Fadzli Johan, menjelaskan ia merangkumi aspek kewangan, termasuk penyata audit tahunan yang masih belum lengkap.
"Ia disebabkan terdapat beberapa perkara teknikal yang harus diselesaikan," katanya.
Andai pemilihan itu diteruskan, kedudukan presiden menyaksikan Fadzli dicabar oleh Irene Cheow yang merupakan pengurus skuad negara ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dan ibu kepada atlet, Julian Yee.
Begitupun, pendaftaran Irene di dalam ISAM dibatalkan selepas dia didapati melanggar peraturan persatuan, sekali gus tidak dapat bertanding semula.
"Terdapat pihak yang tidak berpuas hati dan mahu melakukan kelainan tetapi tidak mahu menyumbang kepada pembangunan sukan, hanya untuk kepentingan peribadi," tambah Fadzli.