Masih ada sinar dan harapan buat atlet triathlon negara dan peserta-peserta pertandingan paling menarik tahun ini iaitu Kejohanan Ironman Malaysia Edisi ke-12 di Pulau Langkawi.
Menurut Pengarah Urusan Kejohanan Ironman Malaysia, CG Lim, meskipun mengakui pihaknya terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selain turut melibatkan banyak rakan kerjasama yang terpaksa "tutup kedai", kejohanan itu masih berada di bawah radar perancangan musim ini.
"Kalau SOP (prosedur operasi standard) daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara) tidak berubah maka kejohanan ini tidak dapat diteruskan dan akan ditunda ke tahun depan.
"Kejohanan Ironman amat penting untuk negara kerana Ironman Malaysia di Langkawi selama seminggu mampu menjana hampir RM32 juta pada 2019.
"Kami juga membuka peluang pekerjaan kepada hampir 2,000 krew di Langkawi yang terlibat secara langsung.
"Saya harap gelembung sukan boleh dibuka jadi kejohanan ini boleh disertai ramai.
"Jika kompleks membeli-belah dan pasar boleh dibuka, kenapa tidak boleh untuk kejohanan sebab kami boleh mengetengahkan SOP yang lebih ketat.
"Saya harap pertengahan tahun ini kami dapat melangsungkan Kejohanan Ironman di Malaysia," katanya ketika tampil dalam Nadi Weekend, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Lim menegaskan kejohanan itu tetap akan dilangsungkan, bergantung kepada keadaan semasa biarpun jika terpaksa mengetepikan penglibatan atlet luar negara.
"70 peratus penyertaan Ironman Malaysia melibatkan atlet luar negara, jadi kali ini kami mungkin tidak boleh buat secara besar-besaran.
"Mungkin kami perlu kecilkan modalnya berdasarkan penyertaan di bawah SOP.
"Jadi kami perlukan bantuan daripada kerajaan (pusat) mahupun negeri.
"Kalau dengan penyertaan besar, kami mampu tapi kalau kecil maka kami perlukan pertolongan," katanya lagi.
Saingan itu memerlukan peserta menamatkan acara renang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180.2km dan larian maraton 42.2km dalam tempoh 17 jam bagi memperoleh gelaran Ironman.
Senarai catatan masa juara edisi lalu:
Ironman 2019: Javier Gomez (sepanyol) dengan masa 8'18:59
Ironman 2018: Daniil Sapunov (Ukraine) dengan masa 8'33:36
Ironman 2017: Romain Guillaume (Perancis) dengan masa 8'32:54

It's the final stop for the IRONMAN VR World Tour! Finish strong with IRONMAN VR33, the first ever IRONMAN VR Global...
Posted by IRONMAN Malaysia on Friday, November 20, 2020