Dua hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Olahraga Malaysia (MA), drama tercetus apabila jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, tampil dengan kenyataan yang mengejutkan dengan mendedahkan bahawa dirinya diugut oleh kepimpinan tertinggi badan induk itu.
"Benda dah jadi, kentang sudah masak takkan nak keras semula. Terpulang kepadanya dan sila ambil tanggungjawab.
"Jadilah seorang lelaki dan hadapi saya," katanya di Nadi Arena.
Itulah luahan atlet berusia 29 tahun itu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa ugutan sejurus kembali daripada Kejohanan Olahraga Asia di Korea Selatan, baru-baru ini.
Irfan menyifatkan bahawa ia perkara yang tidak berasas dan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang pengamal sukan.
"Bila kita bercakap benar, mereka tidak suka. Mereka banyak tidak bersetuju dengan kita.
"Banyak perkara yang ditentang.
"Bila saya balik ke Malaysia, saya ingat orang akan meraikan saya tetapi presiden saya sendiri buat sebegini.
"Sudah cukup, ini terlampau banyak dan harus berhenti. Ia memaksa saya untuk bercakap perkara yang tidak sepatutnya," tambahnya.
Dalam masa sama, pemenang pingat emas Sukan SEA enam kali berturut-turut itu juga berkongsi laporan telah dibuat kepada pihak World Athletics (WA), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Institut Sukan Negara (ISN) dan MA untuk tindakan lanjut.
"Saya ada buat aduan kepada badan berkenaan.
"Saya juga ada menghantar laporan kepada MA tetapi tidak berbalas," katanya lagi.

'Saya telah diugut'
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) June 13, 2025
Itu luahan jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamshuddin sejurus selepas balik dari Kejohanan Olahraga Asia, Korea Selatan ?
Berita lanjut di @ASTROARENA pic.twitter.com/T1oVgS0hMz