Persekutuan Karate-do Indonesia (FORKI) dalam satu surat rasmi memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) atas sokongan yang diberikan sewaktu kematian jurulatihnya, Gusti Idris Taher.
Gusti Tahir dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Klinik Medi Ihsan Mesahill, Nilai semalam.
Terdahulu Allahyarham bersama pasukan kebangsaan Indonesia menyertai Kejohanan Karate K1 di Nilai dari Jumaat hingga hujung minggu lalu.
Presiden FORKI, Hadi Tjahjanto, dalam surat berkenaan, berkata: "Bagi pihak Pengurus Besar Persekutuan Olahraga Karate-Do Indonesia (PB FORKI), saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berbahagia Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, serta seluruh kepimpinan dan ahli Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) atas bantuan luar biasa yang telah diberikan ketika pemergian jurulatih kebangsaan karate kami yang dikasihi, Encik Idris Taher Gusti, di Mesahill, Nilai, Malaysia.
"Dalam saat kesedihan ini, sifat belas ihsan, kecekapan koordinasi, dan sokongan tulus yang diberikan oleh MAKAF benar-benar mencerminkan semangat solidariti dan persaudaraan dalam keluarga karate dunia.
"Usaha murni ini telah banyak memudahkan pengurusan serta proses penghantaran pulang jenazah, yang memberikan ketenangan kepada pihak persekutuan kami dan keluarga yang berduka.
"Kebaikan ini akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan oleh PB FORKI dan seluruh komuniti karate Indonesia."