Indonesia melaungkan bahawa mereka bukan sahaja mahu menjadi tuan rumah terbaik bagi Sukan Asia Jakarta dan Palembang 2018, namun turut mengidam menjadi antara pencabar terkuat dalam kutipan emas dalam temasya itu.
Tahun 2018 merupakan tahun penting buat rakyat republik itu apabila bakal menganjurkan temasya sukan paling besar di rantau Asia.
Menurut Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia, Dr. Raden Isnanta, proses pembinaan dan pembaikan venue pertandingan di sekitar Kompleks Sukan Gelora Bung Karno, Senayan serta venue-venue lain sudah hampir 70 peratus siap.
Jelasnya lagi, kesemua prasarana itu akan siap menjelang November 2017.
Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Sukan Asia, Indonesia akan menjadikan dua kota, Jakarta dan Palembang, sebagai tuan rumah bagi temasya berkenaan.
"Kami akan menjalankan kejohanan ujian pada 2017 untuk memantapkan persiapan Indonesia.
"Ia bertujuan untuk menguji sama ada venue-venue kejohanan ini sudah siap bagi menghadapi Sukan Asia 2018," katanya.
Dalam menjadikan visi untuk muncul sebagai negara yang mampu memberikan saingan dalam Sukan Asia 2018 nanti, republik itu telah pun melancarkan Program Indonesia Emas (PRIMA) yang mempunyai visi yang sama seperti Program Podium yang wujud di Malaysia dalam melahirkan atlet bertaraf dunia dalam usaha menggapai emas di pentas antarabangsa.
"Program PRIMA merupakan persiapan menghadapi Sukan Asia, dengan Indonesia merupakan tuan rumah.
"Tetapi, langkah pertamanya adalah dalam Sukan SEA (Kuala Lumpur 2017).
"Cuma kini terpulang kepada PRIMA, pemerintah dan organisasi cabang-cabang sukan dalam mengadakan kem latihan," ujar bekas pelari pecut Indonesia, Suryo Agung Wibowo.