Impian atlet berbasikal trek wanita negara, Farina Shahwati Mohd Adnan, layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama mungkin tidak kesampaian setelah dia disisihkan daripada latihan pusat di Melbourne, Australia.
Farina dan Fatehah Mustapha kini berlatih di Velodrom Nilai bersama barisan pelumba pelapis di bawah kendalian jurulatih, Hanizam Basri.
Mereka tidak bersama rakan sepasukan lain seperti Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Melbourne bersama ketua jurulatih, John Beasley, di samping tidak menyertai beberapa siri Piala Dunia yang menawarkan mata ranking untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Peluang semakin tertutup rapat buat Farina ke Tokyo apabila ranking dunianya dalam acara keirin berada di tangga ke-41 sementara pecut pula di tangga ke-49.
"Saya berasakan masih jauh untuk layak ke Sukan Olimpik kerana terlepas beberapa kejohanan untuk mengutip mata," katanya.
Farina akur dengan keputusan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), namun mengharapkan ada ruang untuk dirinya kembali mendapat kepercayaan Beasley berlatih di Melbourne.
Farina sebelum ini pernah mencipta sensasi meraih tempat keempat acara keirin dalam Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu di samping turut mara ke final acara keirin dalam Sukan Asia Indonesia.
"Saya masih lagi positif kerana kem negara meletakkan tumpuan untuk layak ke Olimpik. Buat masa ini, saya meneruskan latihan di Malaysia terlebih dahulu."