Petinju dari Algeria, Imane Khalif yang mencetuskan kontroversi diangkat sebagai wira oleh penduduk sekitar kampung halamanya atas keberanian dan pengorbanan yang telah dicurahkanya.

Menurut bapanyna Omar Khelif, 49, yang ditemui oleh media antarabangsa, Imane sememangnya dibesarkan untuk menjadi seorang jaguh yang berani untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan sejak kecil.

Omar memberitahu bahawa anaknya itu memiliki minat yang sangat mendalam dalam dunia sukan sejak usianya masih kecil lagi.

Beliau juga menunjukan beberapa dokumen yang membuktikan bahawa anaknya itu sememangnya dilahirkan sebagai wanita dan sehingga kini dia kekal dengan status tersebut.

"Anak saya dilahirkan sebagai wanita..dibesarkan sebagai kanak-kanak perempuan dan kini menjadi seorang wanita yang kuat." Katanya kepada media.

Khelife telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan menjadi salah satu pesaing yang paling hangat diperkatakan selepas lawan wanitanya, Angela Carini, menarik diri selepas 46 saat dalam pertarungan mereka di Sukan Olimpik Paris 2024.

Namun beliau tidak memperdulikan kritikan yang dilemparkan itu sebaliknya terus fokus dalam aksi seterusnya yang menyaksikan dia berjaya melepasi halangan di peringkat suku akhir selepas berjaya mengenepikan cabaran peserta dari Hungary Anna Luca Hamori.

Selepas tamat perlawanan Imane berkata kepada media, "Saya mendedikasikan pingat ini kepada dunia, dan kepada semua orang Arab dan saya memberitahu anda, 'Hidup Algeria, Allahuakbar!".