Atlet olahraga Paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, bertekad membalas dendam terhadap atlet Poland, Barbara Niewiedzial, apabila kini giat melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia di London, Julai depan.
Dendam Iasah bermula apabila pingat gangsa yang hampir menjadi miliknya dalam acara 400 meter T20 dalam Sukan Paralimpik Rio 2016 diragut Niewiedzial yang melayangkan badannya di garisan penamat untuk menafikan impian Iasah menaiki podium.
Dua bulan sebelum bermulanya Kejohanan Dunia di London, Iasah mahu menebus kekecewaan dengan mempertingkatkan latihannya.
Justeru, dalam Kejohanan Olahraga Terbuka China pada 9 Mei ini, Iasah akan menggunakan peluang itu untuk melihat perkembangan prestasinya di samping memantau tahap pesaingnya yang lain.
"Saya nyaris mendapat gangsa dalam Sukan Paralimpik Rio. Saya ingin menebus kehampaan itu.
'Saya berasa kesal sangat-sangat.
"Saya mahu mendapatkan pingat dan mengalahkan pesaing-pesaing saya.
"Saya akan cuba baiki catatan masa saya," katanya.
Selain mahu menebus kekecewaan di Rio, Iasah juga mempunyai misi peribadi untuk memecahkan rekod peribadinya, iaitu 58.55 saat, yang turut dilakar dalam temasya itu.
Dalam Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia di Doha pada 2015, Iasah pulang dengan gangsa dengan catatan 60.35 saat.
"Di China nanti, saya menyasarkan untuk memperbaiki ranking sebab di sana, tak semua acara saya akan turun beraksi. "