Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Hup Wei mahu KOM rangka pelan khas

img_5508.jpeg
Skuad olahraga berdepan tugas mustahil untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ekoran sistem kelayakan yang tinggi dengan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, meminta Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tampil dengan pelan khas.

Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) mengumumkan sistem kelayakan Sukan Olimpik Tokyo yang sukar dicapai atlet negara.

Sistem itu menyaksikan atlet perlu melepasi had kelayakan tinggi yang jauh daripada rekod kebangsaan atau berada dalam kelompok ranking terbaik dunia.

Ia bukan sahaja cabaran kepada atlet dan jurulatih tetapi memerlukan perancangan khas KOM sebagai satu pasukan.

"Jika perancangan telah ditetapkan, ia seharusnya tidak diganggu kerana persiapan yang dilakukan untuk menghadapi mana-mana kejohanan memerlukan masa," kata Hup Wei.

Peluang terbaik Malaysia ialah menerusi lompat tinggi, lompat kijang dan lempar cakera.

Jika ada atlet yang layak, tiket wildcard akan terhapus secara automatik.

Sukan Olimpik Rio 2016 menyaksikan pemegang rekod kebangsaan lompat tinggi, Nauraj Singh, layak secara mesit sementara ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli, meraih tiket wildcard.

"Had kelayakan yang ditetapkan oleh IAAF adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai jika setiap atlet mengikut perancangan yang ditetapkan jurulatih," kata atlet pecut negara, Nixson Kennedy.

"Saya agak terkejut tetapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan disertai oleh 60 peserta dan peluang masih lagi terbuka untuk layak," kata atlet jalan kaki negara, Lo Choon Sieng.

Advertisement

Must Watch Video