Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) hanya akan memuktamadkan senarai pelumba untuk menghadapi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 selepas mendapat penelitian jurulatih baru, Jeremy Hunt.
Seramai 12 pelumba berlepas ke Melbourne, Australia hari ini, dengan Hunt bakal merancang program tersendiri buat mereka.
Enam pelumba kemudian akan dipilih untuk menghadapi LTdL 2017 manakala baki enam pelumba lagi akan menyertai Jelajah Filipina, berikutan tarikh kedua-dua perlumbaan itu begitu hampir.
Jelas Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus, pengurusan pasukan memberi lampu hijau kepada Hunt bagi membuat keputusan penuh mengenai pemilihan pelumba.
"Mana-mana pelumba yang menyertai dua kejohanan ini tertakluk kepada penilaian yang bakal dibuat oleh jurulatih baru iaitu, Jeremy Hunt.
"Selama 45 hari mereka berkampung di Melbourne. Seminggu sebelum Jelajah Filipina, kami akan dapat tahu siapa pelumba yang muncul untuk cabaran TSG bagi LTDL dan Jelajah Filipina," katanya.
Dalam pada itu, Nasiruddin turut yakin dengan kemampuan TSG untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian cemerlang dalam LTdL tahun lalu.
Pada edisi 2016, TSG berjaya mengungguli jersi putih selaku pelumba terbaik Asia keseluruhan menerusi Adiq Husainie Othman.
"Kami juga sasarkan sekurang-kurangnya satu podium untuk musim 2017. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk mempertahankan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia," tambahnya.
LTdL edisi 2017, yang menampilkan lapan peringkat, akan memulakan saingan di Terengganu, pada 22 Februari, manakala Jelajah Filipina bermula 18 Februari ini.