Dua minggu berturut-turut dapat kita saksikan bintang lincah kesukaan ramai, Enzo Amore terbaring di lantai akibat diserang individu yang tidak dikenalpasti.
Pasangan regunya, Big Cass amat berang dengan insiden ini dan mengharapkan agar Kurt Angle selaku Pengurus Am jenama Raw supaya segera mencari siapakah dalang di sebalik perlakuan kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Beberapa teori konspirasi mula berlegar dalam usaha mengenalpasti suspek yang bertanggungjawab melakukan serangan ini. Antara yang disyaki adalah Scott Dawson dan Dash Wilder daripada pasukan The Revival. Ini kerana kelibat mereka kelihatan semasa klip video pasca serangan ke atas Enzo minggu lalu.
Bagi merungkai persoalan ini, bekas Juara Regu NXT ini telah ditanya semasa membuat kemunculan semula di acara Raw semalam. Menurut Dawson, mereka memang berada di lokasi kejadian semasa Enzo diserang minggu lalu. Namun bukan mereka yang melakukannya.
“Kami tidak bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. Ia bukan kerja kami. Buang masa saja kami nak serang ‘ayam’ seperti Enzo ini,” tambah Dawson.
Untuk rekod, pasangan The Revival direhatkan sementara sejak pertengahan bulan April yang lalu kerana Wilder mengalami kecederaan di bahagian rahang dan perlu menjalani pembedahan. Mereka berjanji akan kembali sedikit masa lagi.
Berbalik kepada apa yang menimpa Enzo atau nama sebenarnya Eric Joseph Arndt. Siapa yang menyerangnya sehingga pengsan masih lagi misteri. Apabila ditanya oleh Cass dan Kurt Angle, dirinya sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana serangan berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkannya pengsan tanpa sempat mengecam pihak yang menyerang. Motif serangan juga belum jelas.
WWE cuba mendapatkan pendapat para WWE Universe dengan melakukan tinjauan melalui laman sesawang WWE.com. 18% mengesyaki ia adalah kerja The Revival dan 23% bintang lain. Yang mengejutkan, 59% menuding jari kepada rakan Enzo sendiri iaitu Big Cass.
Walaupun hasil tinjauan ini agak di luar jangka, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Penganalisis gusti profesional terkemuka, Dave Meltzer dari Pro Wrestling Observer juga mengatakan yang Cass adalah suspek utama kerana pihak WWE telah merancang untuk memisahkan kedua pasangan regu ini seterusnya mentransformasikan Cass kepada bintang berhaluan kiri baharu di jenama Raw.
Tambah Meltzer lagi, kembalinya pasangan adik beradik The Hardy Boyz di acara Wrestlemania lalu telah mengambil tempat bintang regu suka ramai di Raw yang sebelum ini digalas oleh Enzo dan Cass. Justeru, mereka bukan lagi ayam tambatan di divisyen regu Raw dan mungkin telah tiba masa untuk Cass bergerak solo.

Dengan ketinggian 6 kaki 10 inci serta berat badan 128 kilogram (282 paun), Cass mempunyai pakej lengkap sebagai bintang solo dan mampu bergerak sendiri tanpa Enzo di sisi. Susuk fizikalnya yang besar sudah tentu boleh membawa impak yang besar dan tidak mustahil, beliau layak untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi seperti menjadi antara pencabar utama Kejuaraan Universal WWE.
Tidak dinafikan, sejak bersama Enzo dari zaman NXT pada tahun 2013 hingga kini, tidak banyak kejayaan yang dikecapi kedua pasangan ini. Walaupun telah berusaha beberapa kali, mereka masih gagal untuk menggapai Kejuaraan Regu sama ada ketika di NXT mahupun di roster utama Raw waktu ini.
Ramai yang beranggapan bahawa Enzo menjadi batu penghalang kejayaan Cass. Biarpun mereka diterima baik oleh peminat atas kepetahan Enzo yang bijak menggunakan mikrofon setiap kali muncul di arena, namun ia belum cukup untuk menjadikan mereka juara kerana selain fizikal Enzo yang lebih kecil, kemahiran beraksi dalam gelanggang juga masih kurang baik buat bintang berusia 31 tahun tersebut.
Seringkali dapat kita saksikan yang Enzo kerap menjadi punca kekalahan pasukan mereka dan hanya Cass sahaja yang bersusah payah untuk membawa kemenangan. Kadangkala seakan terpancar rasa meluat di wajah Cass setiap kali Enzo ‘bersembang’ mendakwa itu dan ini, namun segalanya hanya omong kosong di hujungnya.
Jika kita berada di tempat Cass sekalipun, pasti akan timbul rasa jelak di hati dengan mendapat pasangan yang tidak berapa membantu sebegini. Padahal, banyak lagi sasaran kejuaraan yang ingin digapai dan Cass tidak mungkin mahu terus berada di kelompok pertengahan yang sama setelah bertahun-tahun membanting tulang di atas lantai keras gelanggang.
Namun ini semua sekadar spekulasi. Boleh jadi juga bukan Cass yang menyerang Enzo kerana mereka berdua telah bersahabat baik sekian lama. Tapi perlu diingat, tiada apa yang mustahil boleh berlaku di WWE. Sejak sekian lama, kita telah saksikan siri pengkhianatan antara kawan dengan kawan. Malah lebih teruk, antara adik dan abang serta bapa dan anak.
Oleh itu, usah pelik jika di pengakhiran cerita, rakan baik sendiri yang menikam dari belakang. Kerana ia bukan sekadar sebuah jalan cerita dalam program TV WWE, malah berlaku setiap hari dan mungkin pernah terjadi ke atas setiap individu di atas muka bumi ini.
Barangkali sudah tiba masa untuk Cass pula bertanya, “How you doin’, Enzo?” setelah menghadiahkan tapak kasut di muka rakannya itu.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan acara WWE Extreme Rules pada Isnin depan secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro On The Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.