Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Skuad wanita semakin berani cabar pasukan gergasi

hoki-wanita.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, akur tempat kelapan dalam temasya Gold Coast 2018 adalah gambaran sebenar kekuatan anak buahnya ketika ini. 

Skuad negara tidak berjaya memperbaiki pencapaian tempat ketujuh dalam edisi lalu di Glasgow setelah tewas 2-4 kepada Scotland. 

Dhaarma tidak menyalahkan pemain kerana mereka telah melakukan yang termampu dan memberi tentangan sengit kepada pasukan hebat seperti Afrika Selatan di ranking ke-14 dunia dan juga England. 

Bahkan, dia sendiri tidak menilai kemampuan anak buahnya berdasarkan perbandingan pencapaian edisi lalu semata-mata. 

"Saya cukup bangga dengan skuad wanita. 

"Walaupun kami menduduki tempat kelapan, mereka mengekalkan prestasi dan membuktikan mampu beraksi menentang pasukan-pasukan besar. 

"Bagi saya, ia sangat membanggakan," kata Dhaarma.

Pakar pukulan sudut penalti, Noraini Abdul Rashid, bagaimanapun, tidak berpuas hati susulan gagal membantu pasukan meraih kedudukan lebih baik dalam edisi ini. 

Satu gol dihasilkannya menerusi pukulan sudut penalti sewaktu menentang Scotland masih belum mampu untuk memberi momentum berterusan kepada negara hingga tewas 2-4. 

"Sebaik tamat perlawanan, saya bersyukur dan berpuas hati tetapi dalam masa sama, saya rasa ia belum cukup bagus. 

"Sekurang-kurangnya Malaysia berada di tahap terbaik apabila beraksi dalam Sukan Komanwel," ujar Noraini.

Advertisement

Must Watch Video