Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Skuad wanita negara elak kekalahan besar

farah-ayuni_1.jpg
MALAYSIA 0 ENGLAND 2

Skuad hoki wanita Malaysia masih menanti kemenangan sulung dalam kempen Sukan Komanwel Gold Coast setelah tewas 2-0 kepada England dalam perlawanan peringkat kumpulan, hari ini. 


Turun menentang pemenang pingat perak temasya Glasgow 2014, England, ia sememangnya satu tugas sukar. 

Malaysia merupakan pasukan 'underdog' ketika berdepan pasukan pilihan itu, namun keputusan seri berdepan Afrika Selatan tempoh hari menyemarakkan semangat Malaysia dan mereka memberi saingan kepada England. 

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan England merupakan pasukan yang lebih berbisa dan pada minit keenam, England membuka jaringan menerusi Eleanor Watton. 

Masuk suku kedua, Hanis Nadiah Onn, mempunyai peluang dalam menyamakan kedudukan tetapi percubaannya gagal membolosi gawang England. 

Walaupun tiada gol penyamaan, skuad negara turut mempertahankan gawang untuk menafikan England daripada menghasilkan lebih banyak jaringan. 

"Walaupun berdepan pasukan yang berada di tangga kedua dunia, kami tidak gentar. 

"Saya dapat menahan tiga percubaan hasil bantuan daripada jurulatih penjaga gol, Roslan Jamaluddin, yang hanya mahu kami bermain, fokus serta tenang dan ia membantu kami dalam permainan," ujar Farah Ayuni Yahya, penjaga gol skuad hoki wanita negara.

Advertisement

Must Watch Video