Jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, menuntut keberanian anak buahnya untuk mengasak diteruskan dalam aksi terakhir Kumpulan A, Sukan Komanwel Gold Coast berdepan Wales, esok.
Dhaarma memuji keberanian barisan pemainnya untuk menyerang walaupun berdepan pasukan nombor dua dunia, England, dalam aksi ketiga kumpulan sebelum tewas 0-3.
Walaupun gagal meledak sebarang gol, aksi skuad negara yang terus mengasak dan tidak sekadar bertahan wajar dipuji.
Momentum itu terus ditagih Dhaarma apabila berdepan pasukan ke-26 dunia itu di Pusat Hoki Gold Coast nanti.
"Sekurang-kurangnya, pemain-pemain Malaysia tidak nampak takut atau gugup.
"Kami tidak bermain dengan corak bertahan walaupun lawan jauh lebih kuat dan tidak hanya mengharapkan peluang menerusi pukulan sudut penalti meskipun sedar penjaga gol England sangat hebat," katanya.
Ketika ini, Dhaarma masih lagi memantau kecederaan Raja Norsharina Raja Shabuddin selepas kayu hoki pemain England terkena bahagian mukanya.
"Kami mengharapkan dia dapat bermain kerana dia adalah tonggak utama pasukan," katanya lagi.