Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Razie kecewa gagal jelma jaringan buat Malaysia

Pakar pukulan sudut penalti, Razie Abdul Rahim, terlalu kecewa dengan prestasinya dalam Sukan Komanwel Gold Coast apabila gagal menjelmakan sebarang jaringan selepas melalui empat perlawanan peringkat kumpulan.

Segalanya tidak menjadi buat Razie di Gold Coast yang bergelut membantu skuad negara mendapatkan jaringan melalui pukulan sudut penalti.

Paling ketara ialah aksi bertemu Pakistan, Rabu lalu, apabila lima pukulan sudut penalti yang diraih skuad negara tidak menemui sasaran.

Razie seperti tiada jawapan di sebalik ketumpulan penyudah, cuma berjanji akan bangkit dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam bertemu Scotland, esok.

Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen, juga bersetuju Razie tidak berada pada prestasi terbaik di Gold Coast.

Namun, Van Huizen melihat jumlah pukulan sudut penalti yang diterima skuad negara tidak memadai dalam kebanyakan perlawanan.

 

Advertisement

Must Watch Video