Astro bakal menyiarkan aksi kompetitif melibatkan antara lapan pasukan terbaik dunia secara langsung.
Penonton Astro boleh menikmati kandungan eksklusif antaranya sorotan perlawanan, temu bual pemain terbaik dunia bagi menambah kehangatan Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara kali ini.
Jalinan kerjasama di antara Astro dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) terdahulu berjaya menarik minat penonton menerusi liputan komprehensif Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, pada Mei tahun lalu.
Atas dasar itu, Astro dan KHM meneruskan jalinan kerjasama ini demi memartabatkan sukan hoki di peringkat antarabangsa selain mengetengahkan kandungan menarik di media sosial.
Selain itu, Astro turut menyediakan pentas terbaik untuk bekas atlet hoki negara membina karier dalam industri sukan selaku pengulas bersama personaliti Astro Arena seperti Zainal Abidin Rawop, Hafizal Hamad dan Izwan Mohd Noor.
Perjanjian ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai hab sukan untuk peminat sukan negara selain meningkatkan taraf liputan siaran secara langsung seiring dengan prestij penganjuran kejohanan ini.
Saingan Piala Negara-Negara menyaksikan lapan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan setiap kumpulan -— melibatkan 20 perlawanan secara keseluruhan.
12 perlawanan peringkat kumpulan akan dilangsung disusuli lapan perlawanan pusingan seterusnya termasuk aksi final.
"Kami sangat gembira dan bangga dengan kerjasama ini dan kami mengalu-alukan Astro sebagai penyiar rasmi," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Tambah Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John: "Kami di Astro Arena ada tanggungjawab untuk membangunkan sukan.
"Astro lebih daripada menyiarkan siaran langsung. Astro Arena 802 akan menyiarkan ulasan dengan bahasa melayu dan bahasa Inggeris akan disiarkan di Astro Granstand serta Astro Sport Plus.
"Jadi dengan penonton yang berbeza, ia juga menawarkan pengalaman berbeza."