Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Permainan agresif England benam Malaysia

englandmalaysia.jpg
ENGLAND 7 MALAYSIA 0

Skuad hoki negara menerima kekalahan pertama dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan Komanwel XXI apabila tewas 7-0 kepada England di Gold Coast, sebentar tadi.


Dua jaringan daripada Sam Ward dan Mark Gleghorne manakala satu gol daripada David Goodfield, Harry Martin dan Phil Roper menyempurnakan kemenangan buat England.

England memberikan asakan sejak permulaan permainan ke atas Malaysia dan berjaya meraih tiga pukulan sudut penalti dalam tempoh tiga minit pertama.

Permainan agresif England gagal dikekang oleh skuad kendalian Stephen Van Huizen itu dan mereka bolos satu gol menerusi Ward yang berjaya menyempurnakan hantaran Henry Weir.

Ward terus mempamerkan aksi cemerlang dalam suku kedua dengan menjaringkan gol kedua apabila berjaya membaca hantaran yang dilakukan oleh Gleghorne.

Ward kemudian bertindak selaku perancang apabila mengumpan Goodfield untuk menjaringkan gol ketiga manakala penalti strok diberikan kepada England yang disempurnakan oleh Gleghorne, sekaligus menyaksikan Malaysia ketinggalan 4-0 dalam separuh masa pertama.

Malaysia kembali mengatur gerakan dalam suku ketiga tetapi perlawanan ternyata sudah menjadi milik England apabila lawan meledak tiga gol dalam baki 15 minit terakhir.

Malaysia akan kembali ke Pusat Hoki Gold Coast esok bagi aksi seterusnya berdepan Wales.

Advertisement

Must Watch Video