Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Kami mahu mara ke separuh akhir, kata Sukri

sukri7418.jpg
Kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, mengakui kejayaan pasukannya membenam Wales 3-0 hari ini hadir daripada kekuatan karakter yang ditunjukkan semua pemain untuk bangkit menghidupkan peluang ke separuh akhir dalam Sukan Komanwel 2018.

"Saya rasa pemain membuat kerja dengan baik. Sangat berdisiplin dan ikut apa taktikal yang dirancang oleh jurulatih. 

"Yang paling mustahak, kami ada karakter yang kuat. Selepas tumpas 7-0 kepada England semalam, kami bangkit. Itulah semangat yang saya mahukan daripada kawan-kawan saya. 

"Walau dalam apa keadaan, kami perlu bermain dan berkomunikasi di dalam padang. Perkara itu yang banyak berlaku hari ini," katanya.

Skuad hoki negara bermula buruk dalam kempen kali ini selepas dibelasah England 7-0 dalam aksi pertama Kumpulan B, semalam.

Berdepan kemungkinan untuk tersingkir awal, anak buah Stephen Van Huizen, bagaimanapun, bangkit menyalakan harapan ke separuh akhir.

Mereka menewaskan Wales 3-0 dalam aksi kedua dibantu jaringan penalti strok Fitri Saari pada minit ke-18.

Ia diikuti gol Joel Van Huizen pada minit ke-25 yang berpunca daripada pukulan sudut penalti Razie Rahim, sebelum Faizal Saari mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga pada minit ke-55.
 

Advertisement

Must Watch Video