MALAYSIA 1 INDIA 2
Harapan Malaysia untuk mara ke separuh akhir hoki lelaki tampak sukar selepas mengalami kekalahan kedua, kali ini 1-2 kepada India di Pusat Hoki Gold Coast, sebentar tadi.
"Kami memang bermain dengan baik pada hari ini berbekalkan semangat dan persembahan hebat. Walaupun kami ketinggalan seawal minit ketiga tetapi kami menyamakan kedudukan, cuma terdapat beberapa kesilapan sehingga menghadiahkan pukulan sudut penalti, sekaligus memberikan gol kemenangan. Itu membuatkan kami kecewa.
"Ini adalah sesuatu yang kami harus pelajari kerana akan bertemu lagi di pentas Sukan Asia. Walaupun kami tidak gembira dengan kekalahan ini, kami harus menerimanya dan mempelajari setiap kelemahan dan cara bertahan sewaktu menghadapi pukulan sudut penalti.
"Secara keseluruhan, kami telah melakukan tugas dengan baik, berbanding sewaktu tewas 5-2 dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah. Banyak aspek positif yang boleh dilihat dan diambil daripada aksi hari ini," ujar jurulatih negara, Stephen Van Huizen.
Setelah tewas 7-0 kepada England dalam perlawanan pertama, Malaysia dibenam pasukan ranking keenam dunia, India yang bertekad memperbaiki pencapaian muncul naib juara kepada Australia dalam dua edisi Sukan Komanwel yang lalu.
India yang seri menentang Pakistan dalam aksi pertama, memulakan penguasaan dengan kepantasan dan ketepatan pukulan untuk menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga oleh Harmanpreet Singh.
Malaysia yang meraih pencapaian terbaik melalui pingat perak dalam temasya Kuala Lumpur 1998, mengalami kesukaran memecah tembok pertahanan India, namun ketangkasan Faizal Saari berjaya membolosi gawang India pada minit ke-16 untuk menyamakan kedudukan.
Dalam misi mara ke separuh akhir, anak buah Van Huizen tersentak dengan gol kedua Harmanpreet melalui pukulan sudut penalti, minit ke-44.
The Malaysia Hockey Tigers cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal menembusi tembok pertahanan India yang selesa menerajui Kumpulan B dengan tujuh mata.
"Antara faktor kekuatan India adalah kebolehan menyerang dari pelbagai sudut. Kami cuba melakukan yang terbaik untuk mengekangnya tetapi tetap memberikan lawan dua gol. Saya rasa kami harus belajar lebih banyak mengenai corak permainan itu," kata kapten negara, Sukri Mutalib.
Kekalahan ini menyaksikan Malaysia menghuni tangga ketiga dengan tiga mata -- England di tangga kedua (empat mata) -- dan akan berhitung dengan pasukan di tangga keempat, Pakistan, esok.
"Saya telah melakukan yang terbaik pada hari ini, cuma terdapat beberapa kesilapan yang kami tidak dapat kawal sehingga memberikan jaringan buat India.
"Daripada persembahan dan prestasi, saya rasa seluruh pasukan telah beraksi 100 peratus untuk cuba mendapatkan kemenangan tetapi kadangkala ia tidak boleh dijangka dan kemenangan berpihak kepada India, tambah penjaga gol Malaysia, Hairi Abdul Rahman.