MALAYSIA 1 PAKISTAN 1
Skuad hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Pakistan 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B, Sukan Komanwel 2018, hari ini.
Selepas merakamkan satu kemenangan dan dua kekalahan, Malaysia turun menentang Pakistan dalam misi wajib menang bagi memperbaiki pencapaian tempat ketujuh di Glasgow empat tahun lalu.
Pakistan, yang terdesak memerlukan kemenangan selepas seri tiga perlawanan terdahulu, menunjukkan kesungguhan dengan bermula garang.
Mereka mendahului seawal minit kesembilan menerusi hantaran Muhd. Dilber yang disudahkan Shafqat Rasool untuk merobek gawang yang dikawal Hairi Abdul Rahman.
Pakar pukulan sudut penalti negara, Mohd Razie Rahim, terus kemarau jaringan di pentas Sukan Komanwel kali ini apabila dua peluang pada minit ke-25 dan 26 dinafikan penjaga gol, Imran Butt.
Bersambung dalam babak kedua, skuad kendalian Stephen Van Huizen itu memperkemaskan permainan sebelum mengimbangi kedudukan apabila Fitri Saari menyaksikan usaha gigihnya melarikan bola di sebelah kiri dan melintangkan hantaran, disudahkan dengan baik oleh Ramadan Rosli pada minit ke-39.
Selepas itu, serangan bertali arus dilancarkan kedua-dua pasukan. Peluang terbaik negara untuk mengecapi kemenangan hadir menerusi Shahril Saabah pada minit ke-58, namun pukulannya sipi ke sebelah kiri pintu gol lawan ketika Pakistan sudah pun mengeluarkan penjaga golnya dengan mengamalkan taktikal 'power play'.
"Semasa peluang terbuka tadi, memang silap saya. Saya terjatuh pada ketika itu dan gagal melakukan penyudah baik.
"Selepas peluang itu gagal disudahkan, saya risau mereka mendapat pukulan sudut penalti. Saya sangat takut tadi," kata penyerang negara, Shahril Saabah.
Bahkan, jurulatih negara, Van Huizen, enggan menyalahkan mana-mana pemain berhubung kegagalan menundukkan Pakistan dengan berkata: "Kalau dia (Shahril) tenang sedikit, memang dia boleh melakukan jaringan. Kita tidak boleh menyalahkannya sebab dia sudah mencuba. Pada ketika itu, penjaga gol tiada."
Keputusan ini menyaksikan Malaysia di tangga ketiga kumpulan di belakang England dan India, yang melayakkan skuad negara ke penentuan tempat kelima dan keenam.