Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, kecewa tahap fokus pemainnya ketika ghairah mencari gol penyamaan menyaksikan mereka berputih mata untuk mendapat sekurang-kurangnya satu mata selepas tumbang 1-4 berdepan India dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Sukan Komanwel di Gold Coast, semalam.
Segala-galanya tampak sempurna buat pasukan hoki wanita negara dalam tiga suku perlawanan kerana mampu menyekat lawan dengan keputusan 1-2.
Bagaimanapun, keghairahan pemain mengatur gerakan bagi mencari gol penyamaan mengundang padah apabila membuka ruang kepada India mendapat dua gol pada minit ke-56 dan 59.
Daripada aspek teknikal, Dhaarma berpuas hati dengan tahap permainan pasukannya yang ternyata baik berbanding tewas angka sama kepada India dalam Piala Asia tahun lalu.
Dia berkata pemainnya cuma perlu memperbaiki disiplin mereka sehingga 60 minit permainan.
"Kalau melihat perlawanan ini dengan aksi terakhir menentang India di Jepun, hari ini kami bermain jauh lebih bagus. Kami dapat menyerang dan keluar daripada situasi tertekan.
"Saya teruja dengan cara kami bermain. Tetapi, sama seperti di Jepun, kami melepaskan dua pukulan sudut penalti. Saya kecewa kami hilang fokus dan memberi mereka peluang.
"Keputusan 4-1 tidak memadai dengan cara kami bermain. Saya harap mereka cepat cergas untuk perlawanan seterusnya," katanya.
Skuad hoki wanita akan turun dalam perlawanan kedua menentang pasukan di ranking 14 dunia, Afrika Selatan, hari ini.
Selepas perlawanan sulung, Malaysia menduduki tangga tercorot kumpulan dengan gagal mengutip mata.