Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018 memberi jaminan, semua pasukan yang mengambil bahagian akan menghantar pemain terbaik mereka, lantas menjanjikan persaingan yang cukup sengit.
Enam pasukan mengambil bahagian dalam Piala Sultan Azlan Shah kali ini dengan Australia bakal mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka tahun lalu.
Selain itu, turut mengambil bahagian adalah juara Sukan Olimpik 2016, Argentina, di samping England dan Ireland.
Sementara itu, Asia akan diwakili India dan juga tuan rumah, Malaysia, selepas Pakistan tidak mengambil bahagian.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Abd Rahim Md Ariff, memberi jaminan semua pasukan akan menyenaraikan barisan terbaik kerana Piala Sultan Azlan Shah merupakan medan persiapan terbaik untuk menghadapi Piala Dunia di India, hujung tahun ini.
Malah, skuad negara juga menggunakan saingan ini untuk menguji pemain sempena menghadapi Sukan Asia Jakarta-Palembang yang menjanjikan slot automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Ini tahun Piala Dunia. Setiap pasukan akan menurunkan barisan terbaik mereka ketika inilah masanya untuk menilai pemain.
"Pemain akan bermain bermati-matian untuk merebut tempat ke pusingan akhir. Begitulah yang berlaku semasa tahun Piala Dunia," katanya dalam majlis penyerahan tajaan kepada penganjur kejohanan di Kuala Lumpur, hari ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan mencemar duli bagi menerima tajaan berjumlah RM1.8 juta.
Tambah Abd Rahim, segala kemudahan yang terdapat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, sudah ditingkatkan bagi menjamin keselesaan pasukan dan petugas yang terbabit dalam kejohanan itu nanti.
"Jumlah penajaan tetap sama seperti tahun sudah.
"Stadium sentiasa ditambah baik," katanya lagi.