Skip to main content

Sukan Lain

Hoki ACT: Arul Selvaraj gembira tranformasi hoki moden mula berhasil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arul-selvaraj.jpg
60 minit permainan, satu gol terhasil da tiga mata berharga ketika menutup peringkat liga sepusingan Trofi Juara Asia-Asia (ACT) 2023 bertemu Korea Selatan, malam tadi, secara keseluruhannya merupakan kemenangan buat keluarga hoki negara.

Sudah menjadi lumrah permainan moden, kebergantungan terhadap tenaga pakar dalam barisan kejurulatihan makin ditagih seiring dengan tuntutan transformasi yang dilakukan pasukan handalan dunia.

Skuad negara kini meniti fasa terbaik untuk lari daripada stigma tradisional dengan hanya tertumpu kepada gerakan dan pukulan sudut penalti.

Sebaliknya, The Speedy Tigers muncul pasukan terbanyak menjaringkan gol padang dan keputusan ini positif hasil inisiatif Arul membawa masuk kudrat tenaga pakar berstatus pemenang Piala Dunia.

"Datuk Seri Subahan Kamal (Presiden Konfederasi Hoki Malaysia) percayakan saya dan untuk membawa tenaga pakar seperti Kieran Govers sudah tentu memerlukan kos yang tinggi. 

"Dia sokong saya dan inilah keputusannya. 




"Saya mahu pemain berikan tekanan kepada pihak lawan dengan kehadiran mereka dalam kotak D tapi tidak dapat apa-apa hasil.

"Kami akan terus tingkatkan prestasi menjelang Sukan Asia Hangzhou (bulan depan).




"Itu yang kami perbaiki dan peruntukkan yang kami pohon bukanlah untuk gaji jurulatih, sebaliknya demi pasukan untuk membawa masuk tenaga pakar lain yang di belakang tadbir dan sains sukan," kata ketua jurulatih negara, Arul Selvaraj.

Peningkatan drastik yang diperagakan jentera serangan memberi kesan domino terhadap permainan skuad negara, apa yang pasti pentas separuh akhir akan terus diwarnai dengan kelincahan gerakan pantas yang menjadi sebahagian daripada percaturan taktikal Arul.

"Sesuatu yang memberangsang kerana ia merupakan gol padang, cuma kami perlu beri lebih tajamkan lagi serangan," kata penyerang skuad hoki negara, Mohd Ashran Hamsani.


 

Advertisement

Must Watch Video