Kejohanan Ping Pong Dunia 2017 di Jerman bakal menjadi taruhan utama buat empat atlet negara sebagai salah satu persiapan menjelang Sukan SEA yang akan membuka tirai Ogos ini.
Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung dari 29 Mei hingga 5 Jun ini adalah saingan kompetitif terakhir buat atlet negara sebelum ke China selama satu bulan untuk menjalani latihan intensif.
Muhamad Ashraf Haiqal, Leong Chee Feng, Ho Ying dan Lee Rou You merupakan empat atlet yang bakal membawa nama Malaysia di pentas dunia.
Ashraf, yang berkampung di China sebelum ini, tidak meletakkan sasaran tinggi, namun berharap sekurang-kurangnya mampu memberi saingan sengit untuknya agar lebih bersedia menghadapi temasya Kuala Lumpur 2017.
"Sebab ini acara individu, jadi saya menyasarkan mara ke pusingan kalah mati. Tahun lepas, kami terkandas di peringkat awal," jelas Ashraf.
Ho Ying, yang sebelum ini mengalami kecederaan kaki, berharap mampu mengatasi perasaan gemuruh dan tekanan yang masih membelengu diri selepas lama tidak beraksi.
Kejohanan Dunia ini adalah aksi ketiganya selepas kembali ke gelanggang dalam saingan kebangsaan di Terengganu dan Kejohanan Asia Persekutuan Ping Pong Antarabangsa di China, April lalu.
"Saya sudah mula berasa tekanan ketika sesi latihan kerana saya hanya ada 100 hari untuk mempersiapkan diri.
"Kaki saya masih terasa sakit. Empat tulang saya patah sebelum ini tetapi dua sudah sembuh manakala dua lagi masih rasa sedikit sakit," kata Ho Ying.