Kejayaan mempertahankan Piala Sumbangsih meredakan tekanan ke atas jurulatih Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Muhammad Harun Al-Rashid, selepas dikritik kerana mengamalkan corak permainan membosankan sejak dilantik mengendalikan bekas gergasi Liga Hoki Malaysia (LHM) itu, tahun lalu.
Kejayaan memenangi Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut menjawab kritikan terhadap Harun.
Lebih manis, KLHC menumbangkan Terengganu Hockey Team (THT) 6-5 menerusi penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Batu Burok selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.
Ia bukti KLHC masih lagi berbisa dan mampu mencabar dalam saingan liga dan Piala TNB musim ini.
"Kejayaan memenangi Piala Sumbangsih amat penting bagi kami kerana ia langkah permulaan yang baik dalam liga.
"Saya harap kami dapat menyambung kemenangan ini dalam perlawanan-perlawanan akan datang.
"Memang kami menyasarkan kemenangan tapi untuk menang empat kali berturut-turut sangat bermakna buat kami," kata Harun.
KLHC akan menentang pendatang baru, TNB Thunderbolt, dalam aksi kedua liga, Ahad ini.
Kemenangan akan mencerahkan peluang mereka untuk merampas takhta liga yang kini menjadi milik TNB.