Skip to main content

Hoki

Harmanpreet senjata berbisa India

22617harmanpreet.jpg
Pakar pukulan sudut penalti India, Jasjit Singh, berdepan masalah prestasi kerana gagal menjaringkan sebarang gol dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia di London.

Dua tahun lalu, dia memusnahkan impian Malaysia ke Sukan Olimpik Rio.

Jasjit menafikan harapan Malaysia ke Rio apabila menjaringkan dua gol di Antwerp, Belgium 2015. Bagaimanapun, di Stadium Hoki Lee Valley, London, pemain tengah ini masih kemarau gol.

Mujur, seorang lagi pakar pukulan sudut penalti India, Harmanpreet Singh, mampu melaksanakan tugas dengan menyumbang tiga daripada 15 gol India setakat ini.

"Saya rasa kami bermain baik dalam kejohanan ini. Kami mempunyai satu hari rehat sebelum menyambung aksi suku akhir. 

"Kami berjaya berkembang ke satu peringkat yang lebih  tinggi selepas satu tahun. Pasukan benar-benar bermain baik. Kami tidak boleh memandang ringan apa sahaja di depan termasuk menentang Malaysia," kata Harmanpreet. 

Pukulan sudut penalti India tidak begitu tajam ekoran ketiadaan Rupinder Pal Singh yang tidak dibawa ke London ekoran kecederaan.

Selepas menduduki tempat ketiga Kumpulan A, Malaysia akan meneruskan cabaran dalam peringkat suku akhir menentang India pada 10.30 malam ini. 

Advertisement

Must Watch Video