Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, memberi sokongan penuh kepada Datuk Megat Zulkarnain Omardin selaku calon timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelang pemilihan pada 5 Mei ini.
Selepas Hamidin tidak berminat untuk bertanding kerusi berkenaan, jawatan itu bakal menemukan dua calon, iaitu Megat Zulkarnain dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Namun, sokongan penuh daripada Hamidin dan FAM sendiri memihak kepada Megat Zulkarnain yang juga setiausaha agung Persekutuan Kebangsaan Silat Malaysia (PESAKA) selain menyifatkan kredibilitinya tidak perlu dipersoalkan lagi untuk menyandang tugas selaku timbalan presiden MOM yang baru.
"Saya berharap Megat akan berjaya pada 5 Mei berbekalkan kredibiliti dan pengalamannya di dalam persatuan kerana Malaysia memerlukan seseorang daripada persatuan sendiri untuk berada dalam MOM.
"Jadi, saya dan FAM memberikan sokongan kepada Megat sebagai timbalan presiden MOM," kata Hamidin.
Sementara itu, Hamidin mengesahkan skuad bola sepak kebangsaan bakal berdepan lima aksi persahabatan bermula Julai hingga September depan bagi persiapan Piala Suzuki AFF 2018 pada November di mana pasukan lawan akan ditentukan selepas selesai undian kejohanan itu di Jakarta, Rabu ini.
"Terdapat kemungkinan dalam lima perlawanan tersebut, kami akan menyertai pertandingan di Bangladesh dan ia akan disahkan pada minggu ini.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya lima aksi persahabatan akan diadakan sebelum Piala AFF 2018," tambah Hamidin yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini bersama skuad futsal wanita negara yang berlepas ke Bangkok bagi menghadapi Kejohanan Futsal AFC 2018.