Impian untuk menyaksikan anak Malaysia beraksi dalam kelas perdana MotoGP bukan lagi satu mimpi. Nama Hafizh Syahrin Abdullah akan meniti di bibir peminat motosikal dunia apabila bakal berentap dengan barisan juara dunia seperti Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo tahun ini.
Peluang sekali seumur hidup disambar Hafizh ketika diberi peluang oleh Monster Yamaha Tech 3 dalam usaha pasukan itu mencari pengganti kepada Jonas Folger.
Tanpa pengalaman mengendalikan jentera kelas itu sebelum ini, Hafizh menyinar ketika menjalani ujian tiga hari di Buriram, Thailand minggu lalu.
Di bawah tekanan luar biasa, kepantasan Hafizh turut mengatasi catatan masa Lorenzo dalam ujian itu.
"Ini yang saya inginkan. Semoga saya dapat buat kejutan dalam MotoGP dan peluang ini saya akan guna sehabis baik.
"Mungkin saya boleh beri saingan tetapi saya tidak yakin boleh berada di kedudukan teratas kerana beberapa pelumba lain sudah menjalani ujian sebelum saya.
"Saya hanya melakukan ujian di Buriram dan selepas ini di Qatar. Dan saya akan memulakan perlumbaan pertama di Qatar," kata pelumba yang menunggang jentera YZR-M1 itu.
Sejak mula mencetus sensasi dalam saingan Cub Prix pada 2008, Hafizh dan bapanya, Abdullah Harun, tahu misi mereka pada suatu hari nanti adalah untuk ke MotoGP.
Tetapi tiada siapa menyangka kesempatan untuk berentap dengan pelumba terbaik dunia hadir sepantas ini.
"Saya tidak sangka ia berlaku secepat ini dalam MotoGP. Saya sasarkannya untuk beraksi dalam saingan itu sejak dia kecil lagi. Saya pesan kepadanya, kalau nakkan sesuatu, perlu bekerja keras.
"Semestinya saya mahu melihatnya menaiki podium tetapi untuk masa terdekat ini agak mustahil. Bagaimanapun, saya yakin anak saya boleh buat," kata Abdullah.
Malaysia akan memiliki pelumba beraksi dalam semua kategori dipertandingkan musim ini yang merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Selain Hafizh dalam MotoGP, Khairul Idham Pawi (Idemetsu Honda Team Asia) kekal dalam Moto2, Adam Norrodin (Petronas Sprinta Racing) bagi Moto3 sementara Zulfahmi Khairuddin (SIC Racing Team) membuat kemunculan semula dan beraksi dalam Moto2.