Skip to main content

Hoki

Hadiah Syawal untuk rakyat Malaysia – Van Huizen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

23617razierahim.jpg
“Kejayaan buat rakyat Malaysia,” itu komen ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, selepas anak buahnya mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2018 selepas menewaskan India, 3-2 dalam kelompok lapan terbaik separuh akhir Liga Dunia di London, semalam.

"Tahniah buat setiap pemain yang beraksi, ia merupakan kemenangan sangat berharga, sekaligus layak ke Piala Dunia tahun hadapan," katanya.

Malaysia mencipta kejutan terbesar kejohanan selepas menumbangkan India selaku juara Asia.

Semua pemain beraksi cemerlang untuk membawa Malaysia meraih tiket Piala Dunia 2018 dan hampir layak ke final Liga Dunia, hujung tahun ini.

Itu membuatkan mereka layak diberi pujian di Stadium Hoki Lee Valley.

Pemain pertahanan, Muhammad Razie Abd Rahim, membuka tirai jaringan menerusi gol pembukaan pada minit ke-19.

Penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, melebarkan kedudukan Malaysia dua minit kemudian.

Bagaimanapun, India merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan pantas daripada Harmanpreet Singh pada minit ke-22 dan 24.

Malaysia lebih agresif selepas rehat untuk dihadiahkan dua pukulan sudut penalti.

Razie memastikan kemenangan menerusi tolakan kencang dalam separuh masa kedua untuk mengesahkan tiket Piala Dunia 2018.

Namun, India mendakwa mereka yang patut ke separuh akhir.

"Pasukan yang salah menang, itu jelas kerana selepas kami ketinggalan 2-0, kami menguasai sepenuhnya perlawanan.

"Namun, kami tidak manfaatkan sepenuhnya peluang, dan kami tidak peroleh lebih banyak peluang," kata pengendali India, Roelant Oltmans, yang kurang bersemangat kesukanan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video