Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Had kelayakan Olimpik IAAF hadirkan cabaran buat atlet negara

firdaus.jpg
Jurulatih lompat kijang negara, Ahmad Firdaus Salim, mengakui sistem kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diumumkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) cukup mencabar, namun tidak mustahil dilepasi atlet kebangsaan.

Sistem kelayakan Sukan Olimpik Tokyo menyaksikan atlet perlu fokus terhadap ranking dunia.

Contohnya, untuk lompat kijang, jaguh negara, Muhammad Hakimi Ismail, perlu menghuni ranking ke-32 terbaik dunia dengan IAAF menetapkan had kelayakan automatik, 17.14 meter.

Catatan itu jauh daripada rekod kebangsaan milik Hakimi, 16.77m.

Begitu juga bagi saingan 100m lelaki, pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, perlu menghuni ranking ke-56 terbaik dunia dengan had kelayakan automatik, 10.05 saat.

Situasi itu menyukarkan peluang atlet negara layak ke Tokyo kecuali perancangan teliti dilakukan.

"Hakimi perlu melakukan catatan yang lebih baik berbanding rekod kebangsaan miliknya. Berdasarkan had kelayakan IAAF, sukar untuk menyaksikan atlet negara layak secara merit tetapi kedudukan ranking dunia serta mata yang diperoleh dalam kejohanan disertai mampu digunakan sebagai kelayakan ke Tokyo 2020," kata Firdaus.

Sukan Olimpik London 2012 menyaksikan skuad olahraga diwakili jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh sementara pelari pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli, meraih tiket wildcard.

Advertisement

Must Watch Video