Skip to main content

Sukan Lain

Golf Terbuka Malaysia: Sharma cemerlang pada hari terakhir

Shubhankar Sharma dari India muncul juara golf Terbuka Malaysia apabila mencipta sensasi pada hari terakhir dengan melakukan 10 di bawah par 62 untuk keseluruhan 267 pukulan di Kelab Golf Saujana, Subang hari ini. 

Aksi cemerlang Sharma dengan 10 birdie menjulangnya buat kali kedua dalam tempoh dua bulan selepas kejayaan di Johannesburg. 

Hari ini, dia mengatasi 17 pemain lain serta mengecewakan pencabar terdekat yang juga pendahulu hari ketiga, Jorge Campillo, dengan kelebihan dua pukulan untuk menamatkan saingan dengan jumlah 21 di bawah par 267. 

Campillo terpaksa berpuas hati di tempat kedua sementara tempat ketiga dikongsi dua pemain, Pablo Larrazabal dan Ryan Fox. 

Lebih manis, kejuaraan ini menyaksikan pemain berusia 22 tahun berkenaan meraih slot beraksi dalam kejohanan major pertamanya -- Terbuka British, Julai depan. 

Kejayaan Sharma itu juga melonjakkan ranking dunianya dari kedudukan ke-462 ke kelompok 100 terbaik dunia. 

"Saya bermain agak bagus dan ia bukan mudah kerana keadaan yang berangin.

"Saya terus berjuang sepanjang hari ini. Saya sedar saya perlu membuat banyak birdie bagi membolehkan terus menghambat pendahulu.

"Saya melakukannya pada sembilan lubang pertama dan meneruskannya dalam baki saingan," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video