Persembahan konsisten dalam dua pusingan awal memberi motivasi tambahan buat pemain golf negara, Amir Nazrin Jailani, memburu kedudukan terbaik dalam pusingan ketiga Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2018 esok.
Saingan kali ini merupakan pembabitan pertama buat Amir Nazrin selepas muncul antara 10 pemain tempatan terbaik sepanjang tahun 2017.
Dia yang baru 13 bulan bergelar pemain profesional mengakui masih banyak yang perlu ditingkatkan daripada aspek permainannya andai ingin merebut peluang mencabar pemain handalan, khususnya di rantau Asia.
Selepas tamat dua pusingan di Kelab Golf Saujana, Subang, Amir membuktikan dia mempunyai kemampuan untuk bersaing serta mempelajari teknik daripada lawan.
"Motivasi saya dalam pusingan kedua adalah bersikap bertenang, tidak perlu fikir apa-apa dan hanya memikirkan soal di atas padang.
"Saya juga perlu memberi tumpuan terhadap pukulan di fairway dan green kerana perbezaan di antara sembilan lubang.
"Ia lebih luas berbanding sembilan lubang terakhir," kata Amir.
Sementara itu, Gavin Kyle Green berharap dapat terus menemui keserasian bersama kedi baru, Mark Crane, bagi membantunya meraih keputusan positif dalam Terbuka Malaysia kali ini.
Crane dari Scotland pernah bekerjasama dengan Paul Casey dan Chris Wood selain pengalaman luas dalam kejohanan utama dan Piala Ryder.
Green pula sebelum ini mendapat bantuan bapanya, Gary, yang kini memberi tumpuan kepada adiknya, Galven.
Kali pertama pemain berusia 24 tahun ini bergandingan bersama Crane ialah dalam Kejohanan Golf Klasik Dubai, minggu lalu.
"Pukulan jauh saya sentiasa bagus. Apapun boleh terjadi dalam baki dua pusingan lagi hujung minggu ini.
"Perancangan saya berjalan dengan lancar. Saya cuba mencatat lima di bawah par, kami perlu bijak bergandingan.
"Saya dan Mark mempunyai persefahaman yang baik. Saya selesa dengannya dan saya harap kami akan bergandingan dengan baik pada penghujung minggu ini," ujar Gavin lagi.