Luke List perlu menunggu dua jam sebelum mengesahkan gelaran Jelajah PGA pertamanya dengan mengetepikan Will Zalatoris dalam play-off Kejohanan Golf Terbuka Farmers Insurance, pagi tadi.
Pemain Amerika Syarikat berusia 37 tahun tersebut menikmati pusingan akhir dengan catatan enam di bawah par 66 menerusi empat birdie berturut-turut dari lubang ketiga hingga keenam bagi menerajui saingan di Torrey Pines itu.
Tetapi List perlu menunggu hampir dua jam di club house sambil pendahulu semalam, Zalatoris, yang turut menamatkan pusingan itu dengan keseluruhan 15 di bawah par terlepas gelaran menerusi play-off.
Kedua-dua pemain itu mendaratkan pukulan tee mereka dengan jurang beberapa inci sebelum pukulan ketiga List menghampiri lubang yang membolehkan dia memungut birdie.
Zalatoris, 25, kemudian menyempurnakan satu birdie dari jarak lebih jauh -- hampir menyamai putt di lubang ke-18 -- untuk terpaksa berpuas hati bahawa play-off memihak kepada List.
Zalatoris -- yang turut mengintai kejuaraan sulung Jelajah PGA -- berpeluang untuk memuktamadkan kemenangannya di lubang ke-18 tetapi dihampakan dengan pukulan yang kurang bertenaga dan sedikit tersasar.
Dia mencatat satu di bawah par 71 untuk mengakhiri saingan itu di samping Jason Day dan Aaron Rai, manakala pemain nombor satu dunia, Jon Rahm, membuat kebangkitan lewat.

Luke. List. ? pic.twitter.com/cMwENFUcGI
— PGA TOUR (@PGATOUR) January 30, 2022