Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Tze Liang enggan sandarkan kepada kenangan

ooi-tze-liang.jpg
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, tidak mahu sejarah memenangi pingat Sukan Komanwel 2014 dijadikan bebanan memandangkan dia masih bergelut dengan pelbagai masalah selepas kejayaan empat tahun lalu. 

Tze Liang menjadi penyumbang emas di luar jangkaan buat negara dalam temasya Glasgow 2014 apabila mengejutkan penerjun sensasi England, Jack Laugher, dalam acara 3 meter papan anjal individu. 

Namun, kecederaan bahu kanan serta kedua-dua tulang kakinya pada 2015 dan 2016 mengakibatkan kemerosotan prestasi dan Tze Liang kini masih dalam proses pemulihan.

Justeru, dia tidak mahu ramai pihak meletakkan harapan tinggi ke atasnya dalam Sukan Komanwel Gold Coast kali ini. 

"(Pencapaian) empat tahun lepas sudah menjadi sejarah. 

"Berdasarkan perkembangan semasa, saya telah membuat persiapan terbaik dalam tempoh sebulan ini," katanya. 

Tze Liang bakal bertanding dalam empat acara dan gandingannya bersama Chew Yi Wei memiliki prospek pingat dalam acara 3m papan anjal beirama selepas meraih gangsa dalam Kejohanan Grand Prix Terjun FINA di Rostock, Jerman, Februari lalu. 

"Saya mempunyai peluang dalam tiga acara, bergantung kepada persembahan pada hari pertandingan. 

"Kami mahu menyesuaikan diri dengan venue dan cuaca secepat mungkin agar kami dapat bersedia lebih awal bagi menghadapi saingan sebenar. 

"Ia langkah yang bagus," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video