Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Skuad hoki wanita sorok taktik

dhaarma_1.jpg
Apa sahaja perancangan taktikal sewaktu sesi latihan terpaksa disembunyikan skuad hoki wanita negara dalam usaha mencuri kelebihan ke atas lawan berstatus terbaik dunia dalam Sukan Komanwel Gold Coast, yang bermula esok. 

Tiga lawan yang bakal dihadapi Malaysia di peringkat kumpulan merupakan pasukan dalam kelompok 15 terbaik dunia, termasuk England di tangga kedua. 

Hanya Wales berada di bawah skuad negara yang menghuni tangga ke-22 dunia ketika ini. 

Sepanjang 10 hari di Gold Coast, terlalu banyak mata yang memerhati sesi latihan skuad Dhaarma Raj Abdullah itu sehingga menyukarkannya untuk melaksanakan apa yang dirancang. 

"Kami mahu mengadakan latihan bola mati yang ingin digunakan dalam pertemuan dengan India tetapi langsung tidak berpeluang kerana di sini terlalu banyak kamera.

"Kami risau pihak lawan mengetahui rahsia kami," kata Dhaarma.

Di sebalik situasi itu, skuad wanita negara tetap dengan misi untuk tidak kembali ke tanah air sebagai pasukan belasahan. 

Dhaarma menegaskan anak buahnya mempunyai kemampuan untuk mencipta kejutan tetapi perlu mengelak bersikap sambil lewa sepanjang perlawanan yang akan datang seperti dua aksi persahabatan menentang New South Wales, tempoh hari. 

"England, New Zealand, India dan Afrika Selatan beraksi dalam Piala Dunia. Scotland dan Kanada pula mendahului kami berdasarkan kedudukan dunia. Ia adalah suntikan semangat buat kami yang berada di kedudukan ke-22 dunia.

"Kami harap dapat menampilkan permainan sebenar walaupun berdepan England yang menduduki tangga kedua dunia. 

"Demi masa depan, kami mahu menunjukkan perkembangan apabila beraksi menentang pasukan besar," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video