Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Persiapan paling perit -- Azizulhasni

azizulhasni_7.jpg
Jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang, menganggap Sukan Komanwel Gold Coast merupakan persediaan paling perit sepanjang kariernya berikutan kesihatan yang tidak menentu. 

Azizulhasni sudah hampir sebulan dilanda demam virus yang menyebabkan penafasannya juga terjejas ketika sesi latihan. 

Mentalnya tertekan ketika ini tatkala saingan sebenar bagi acara keirin khususnya kian hampir, justeru dia gusar sekiranya gagal menyumbang sesuatu buat negara. 

Bagaimanapun, bekas juara dunia 2017 itu bersedia dengan segala risiko yang bakal ditempuhinya ketika beraksi nanti. 

"Secara peribadi, saya agak tertekan kerana kebiasaannya apabila turun bertanding, saya menjangkakan sedang berada dalam keadaan terbaik. 

"Saya rasa ini adalah kali pertama saya turun dalam keadaan kurang sihat. 

"Bagaimanapun, kita tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya fokus dalam keadaan positif," kata Azizulhasni.

Jurulatihnya, John Beasley, turut enggan meletakkan beban di atas bahu pelumba kelahiran Terengganu itu sambil menaruh kepercayaan terhadap seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, dalam usaha mengekalkan pingat dalam acara keirin yang diraih sejak edisi 2010. 

"Selalunya setiap pelumba akan berada dalam keadaan yang bagus tetapi ada pelumba muda yang tampak sedikit bergelut.

"Saya tidak pasti dia akan tertekan atau bersedia berdepan tekanan," ujar Beasley.

 

Advertisement

Must Watch Video