Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Asia

Gold Coast 2018: Kontinjen Malaysia harapkan keajaiban

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cdm14418.jpg
Selagi atlet terakhir belum selesai beraksi, selagi itu Malaysia akan terus mengharapkan keajaiban untuk mencapai sasaran dalam Sukan Komanwel Gold Coast yang akan berakhir esok.

Berdasarkan kedudukan semasa, harapan untuk mengatasi pencapaian enam pingat emas dalam temasya Glasgow 2014 adalah realistik.

Tetapi kemahuan untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik edisi kali ini ibarat misi mustahil.

Ini susulan kegagalan sukan elit seperti terjun dan badminton untuk menghadiahkan pingat seperti dirancang.

"Kalau kita lihat kepada badminton, esok kita ada dua wakil yang akan beraksi dalam final. 

"Saya rasa ia bukan perlawanan yang mudah tetapi saya rasa mereka akan mempersiapkan diri untuk memberikan aksi 100 peratus. 

"Kita jangan memandang negatif. Sampai hari terakhir barulah kita boleh buat rumusan untuk kontinjen Malaysia," kata Chef-de-mission (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Gold Coast, Huang Ying How, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video