Susulan skandal doping membabitkan kontinjen India, atlet negara diberi amaran keras agar tidak memalukan nama Malaysia dalam apa jua keadaan dalam temasya Gold Coast 2018.
Beberapa hari lalu, skuad tinju India disyaki menggunakan bahan terlarang di penginapan perkampungan sukan mereka.
Insiden itu memadai menjadi amaran buat atlet negara ketika Malaysia juga mengharapkan sifar insiden doping kali ini.
Bagaimanapun, pengurusan kontinjen menerusi chef-de-mission (CDM), Huang Ying How, difahamkan sudah mengambil langkah proaktif.
"Selain membawa kejayaan dan membawa pulang pingat buat Malaysia, kami mahu menunjukkan kami adalah kelompok yang berdisiplin untuk mewakili negara.
"Setiap aspek seperti anti-doping atau keadilan dalam permainan adalah menjadi teras kepada nilai positif setiap pasukan," ujarnya.
Peringatan sudah diberikan kepada atlet agar bukan sahaja menjaga disiplin di perkampungan sukan, malah termasuk etika ketika bertanding.
"Terus-terang, kami juga ingin menjaga nama baik. Kami mahu memastikan tiada aktiviti merokok atau kerosakan di setiap tempat tinggal yang disediakan.
"Secara proaktif, kami akan meninjau setiap kemudahan ini dengan menghantar wakil ke setiap bilik hanya untuk melihat atlet dalam keadaan baik dan mahu mereka faham segala isu yang boleh terjadi akibat perkara ini.
"Sudah tentu amat penting untuk tidak terlibat dengan sebarang masalah doping dan sebagainya," tambah Ying How.