Gimnas muda negara, Izzah Amzan, tidak berdepan tekanan walaupun terpaksa membawa tugas berat mewakili negara buat julung kalinya dalam Sukan Komanwel 2018 di Australia.
Selain diletakkan sasaran untuk meraih pingat emas bagi acara berpasukan bersama-sama Amy Kwan Dict Weng dan Koi Sie Yan, namun secara peribadinya Izzah bertekad mahu ke final bagi acara individu.
“Sebagai sasaran peribadi, saya mahu lakukan rutin dengan kemas, sekali gus tidak melakukan sebarang kesilapan ketika melakukan persembahan di gelanggang.
“Jika saya boleh melakukan rutin dengan kemas, maka saya berpeluang besar untuk mara ke final walaupun akan menerima cabaran sengit daripada gimnas lain,” katanya.
Izzah, yang meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos lalu, berkata dia menjangkakan saingan sengit daripada gimnas dari Great Britian, Wales, Kanada dan juga tuan rumah, Australia.
Namun, katanya, walaupun dengan adanya saingan sengit, apa yang perlu dilakukan gimnas adalah memberikan fokus sepenuhnya kepada persembahan mereka.
“Siapa yang fokus akan mendapat hasil yang baik,” katanya dengan nada yakin.
Untuk mara ke final acara individu, Izzah perlu berakhir sebagai dua gimnas terbaik negara dalam acara berpasukan.
Untuk rekod, Izzah telah menampilkan persembahan cemerlang dalam Kejohanan Gimrama Antarabangsa Piala Aphrodite Ke-4 di Greece dengan meraih pingat gangsa dalam acara reben.
-- BERNAMA