Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, menggesa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya tidak lagi berlengah membuat keputusan mengenai statusnya untuk bertanding dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
Difahamkan, status atlet itu akan dimuktamadkan ketika mesyuarat Lembaga MOM pada 6 Mac ini.
Ia dilihat agak lama, sekali gus merencatkan perancangan Hup Wei yang sepatutnya menyertai rakan sepasukan, Nauraj Singh, berlatih di Australia pada waktu itu.
Hup Wei sebelum ini digugurkan daripada senarai atlet ke Sukan Komanwel, namun kembali dalam pertimbangan selepas berjaya melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan.
"Sebelum Sukan Komanwel, ada dua pertandingan di Australia. Tetapi saya akan tengok dulu senarai ke Sukan Komanwel. Kalau tiada nama, memang sukar untuk saya buat perancangan," katanya.
Terkini, skuad olahraga mempunyai 13 atlet yang berada dalam senarai untuk ke Gold Coast.
Hanya 12 atlet yang akan dibawa dan ini bermakna salah seorang daripada nama tersebut akan digugurkan.
"Sekarang ini tidak boleh risau. Saya perlu mengekalkan latihan dan tidak boleh berhenti bagi membuat persediaan untuk akan datang, kalau mereka hantar saya nanti, saya tidak tahu. Saya juga ada pertandingan lain lagi," ujarnya.