Atlet lompat tinggi berpengalaman, Lee Hup Wei, menganggap dirinya sudah menepati kualiti ke Sukan Komanwel apabila kekal konsisten walaupun kecewa namanya tercicir daripada senarai awal ke Gold Coast, Australia sebelum ini.
Hup Wei meletakkan harapan mendapat berita gembira untuknya selepas sambutan Tahun Baru Cina menerusi tiga kejohanan yang membuktikan prestasinya masih relevan untuk beraksi bersama kontingen negara.
1 April bakal menjawab persoalan buat Hup Wei apabila senarai rasmi akan dikeluarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberikan nama baru mengikut pencapaian semasa.
"Buat masa ini, saya perlu menunggu senarai akhir atlet yang bakal ke Sukan Komanwel. Berdasarkan prestasi dalam tiga kejohanan yang lepas, saya mengharapkan keputusan yang positif," kata Hup Wei.
Hup Wei menganggap dia kekal konsisten apabila menerajui podium utama dalam kejohanan pra-Sukan Asia menerusi catatan 2.19 meter dengan meraih pingat emas buat Malaysia.
Terdahulu, Hup Wei memecahkan rekod peribadi miliknya sendiri sejak 10 tahun lalu dengan catatan 2.28 meter dalam Terbuka Canberra dan 2.24m dalam Terbuka Sydney.
"Jika Malaysia menghantar dua atlet bagi menyertai saingan ini, ia akan meningkatkan peluang untuk meraih pingat," katanya lagi.