Lebih 70 peratus atlet negara yang menyertai Sukan Komanwel Gold Coast 2018 boleh menarik nafas lega apabila Penolong Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar, mengesahkan mereka lulus ujian doping.
Susulan itu, atlet negara boleh fokus untuk memburu pingat di Gold Coast.
Kesemua 135 atlet yang diuji ketika berada di tanah air disahkan lulus ujian doping. Berita ini pasti melegakan kontinjen negara yang akan memulakan pemburuan emas, Khamis ini.
ADAMAS turut mengingatkan atlet negara agar menjauhi bahan atau perubatan meragukan sepanjang temasya di Australia itu yang bermula esok hingga 15 April ini.
"Saya berasakan ADAMAS bersama-sama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah melakukan yang terbaik untuk memastikan tiada sebarang insiden dalam Sukan Komanwel. Kami berharap tidak wujud isu yang tidak diingini.
"Sukan yang tidak diambil adalah yang melibatkan berpasukan seperti hoki dan bola keranjang.
"Mungkin agak tipis untuk mereka diuji di sana kerana ia dipilih secara rambang," kata Nishel.
Penganjur menjalankan siasatan terhadap skuad tinju India selepas jarum suntikan ditemui di bangunan penginapan perkampungan sukan.
Kesemua peninju diuji bebas bahan terlarang tetapi insiden berkenaan pasti mencemarkan imej India.