Skip to main content

Sukan Asia

Gold Coast 2018: Astro Arena sajikan liputan menyeluruh

astroarena4218.jpg
Seperti liputan sukan temasya terdahulu, Astro Arena akan meneruskan kesinambungan laporan menyeluruh kontinjen negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dengan memastikan setiap detik suka-duka atlet dikongsi bersama peminat sukan tanah air.

Hampir 100 anggota Astro Arena daripada skuad Nadi Arena sehingga unit penyiaran luar berada di Gold Coast sepanjang temasya berkenaan.

Selain membawakan liputan 18 jam  menerusi tambahan dua saluran selain 801 dan 802HD, Astro Arena juga bertanggungjawab memainkan peranan unik dalam temasya ini.

"Kami akan menampilkan lintas langsung berita terkini dan perkembangan atlet negara dari seluruh lokasi di Gold Coast kali ini. 

"Kami juga diberi penghormatan untuk terlibat sebagai penyiar rasmi atau atau pasukan yang membuat liputan secara langsung untuk acara badminton dan ping pong," kata penerbit kanan Astro Arena, Slamet Sazly Yakub.

Kepakaran Astro Arena dalam membawakan emosi atlet seperti Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menjadi tunjang kepada laporan membabitkan 178 atlet di Gold Coast.

Atas dasar itu, cerita di sebalik keringat mereka akan menjadi wadah di samping kejayaan membawa pulang pingat buat Malaysia.

"Suka-duka cerita atlet negara di Gold Coast akan mampu kamia laporkan secara eksklusif untuk semua peminat-peminat sukan negara.

"Oleh kerana kami mempunyai pasukan yang besar di sini, kami mahu memberi kepuasan daripada segi liputan komprehensif kepada peminat sukan negara.

"Matlamat kami di Astro Arena sudah tentu bagi memastikan setiap pemenang pingat Malaysia di Gold Coast ini akan mampu berkongsi kegembiraan mereka dengan rakyat Malaysia menerusi temubual eksklusif. Itu janji kami," kata Pengarang Urusan Berita dan Majalah Astro Arena, Ahmad Khawari Isa.
 

Advertisement

Must Watch Video