Skip to main content

Sukan Asia

Gimnastik: Ing Yueh, Farah Ann akui gagal menyerlah

tan-ing-yueh.jpg
Skuad gimnastik artistik wanita negara gagal meraih pingat acara final all around individu apabila Tan Ing Yueh dan Farah Ann Abdul Hadi sekadar menamatkan saingan Sukan Komanwel Gold Coast di kedudukan ke-11 dan 12 di Pusat Sukan Tertutup Coomera, sebentar tadi.  

"Pertama kali saya melangkah ke final dan berasa gembira, namun masih terdapat beberapa kesilapan kecil yang perlu diperbaiki.

"Terlalu gemuruh membuatkan banyak gerakan yang saya lakukan menjadi tidak sempurna," kata Ing Yueh dalam saingan membabitkan 18 peserta itu.

Bagaimanapun, Farah Ann terkilan kerana gagal menjelmakan aksi sebenar untuk mencabar kedudukan lebih baik dengan berkata: "Saya sangat kecewa dengan diri sendiri kerana banyak kesilapan yang terjadi tetapi ini adalah adat pertandingan. 

"Saya percaya saya mampu melakukan lebih baik."

Pingat emas dirangkul Elsabeth Black selepas atlet Kanada itu cemerlang dengan pungutan 54.200 mata, disusuli Georgia Godwin (Australia) untuk perak sementara gangsa dimenangi Alice Kinsella dari England. 

 

Advertisement

Must Watch Video