Chef-de-Mission (CDM) ke Sukan SEA Filipina, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, merancang kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara susulan kejadian gempa bumi yang melanda negara tuan rumah itu, Ahad lalu.
Keselamatan atlet negara menjadi keutamaan Jawatankuasa Kerja Sukan SEA Filipina, November depan.
Beberapa siri gempa bumi melanda Filipina sejak awal tahun ini dengan yang terbaru membabitkan gegaran sekuat 5.5 pada skala Richter, Ahad lalu.
Ia mengundang kebimbangan dan memaksa langkah keselamatan itu diambil.
"Saya mempunyai rakan yang bekerja di hospital-hospital yang terlibat dan ada antara mereka yang pakar dalam bidang bencana alam.
"Tiada isu untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang ini," katanya
Malaysia akan menghantar 824 atlet untuk menyertai 51 jenis sukan yang membabitkan 473 acara.
Ia jumlah kedua terbesar dalam sejarah penyertaan Sukan SEA buat kontinjen negara selepas edisi di Kuala Lumpur pada 2017.
Cabaran pengurusan dan aspek keselamatan atlet juga menyaksikan Institut Sukan Negara (ISN) merancang untuk menghantar ramai pegawai ke Clark, Subic dan Metro Manila.
"Pada masa ini, kami membahagikan kepada dua pasukan.
"Kami akan mengkaji jadual perlawanan, lokasi pertandingan dan melihat sukan-sukan yang berpotensi untuk memenangi pingat.
"Kami akan menyediakan pelan perkhidmatan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Ramli.