Skuad menembak negara meneruskan momentum memberangsangkan dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) 2017 apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara 50 meter rifle prone berpasukan wanita.
Trio negara yang diketuai penembak pengalaman, Suryani Mohamed Taibi, Muslifah Zulkifli dan Haslisa Hamed, berjaya mengumpul 1,754 mata, lantas mengetepikan trio Singapura dan Vietnam untuk muncul juara.
Begitupun, Muslifah, selaku jaguh prone negara jelas tidak berpuas hati dengan persembahannnya apabila sekadar menamatkan saingan individu di tempat kelapan.
"Hari ini, saya ada membuat kesilapan daripada aspek teknikal kerana selepas siri ketiga, baru tembakan saya tepat. Jadi, kesilapan saya mungkin ketika sesi pemanas badan," jelas Muslifah.
Suryani, sebaliknya, lebih menyerlah walaupun ia bukan acara kegemarannya.
Dia meraih gangsa tatkala Haslisa di tempat ketujuh, dengan emas menjadi milik penembak Filipina sementara perak dimenangi atlet Myanmar.
"Bagi saya, pingat bukan keutamaan kerana yang paling penting ialah kutipan mata. Saya rasa kutipan mata itu belum cukup baik, saya mampu pergi lebih jauh," kata Suryani.