Langkah jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, memberi amaran kepada anak buahnya agar usah terus dibuai kejayaan menewaskan Vietnam dalam Kejohanan AFF tahun lalu menjadi tonik kepada pemainnya untuk mengulangi rentak sama di Taiwan, semalam.
Chun Yong tidak mahu pemainnya memandang mudah Vietnam hanya kerana mereka menang besar 5-1 dalam separuh akhir Kejohanan AFF di Bandaraya Ho Chi Minh, November lalu.
Lantaran itu, Chun Yong menyampaikan amanat tersebut sebelum pertemuan yang menyaksikan Malaysia bangkit menewaskan Vietnam 2-1 dalam aksi dramatik menerusi gol lewat Awaluddin Mat Nawi.
"Saya memberi amaran kepada pemain agar tidak mengambil mudah.
"Saya juga berpesan bahawa keputusan lepas tidak akan diambil kira," katanya.
Dalam masa sama, dia melihat kelemahan masih wujud dan perlu segera diperbaiki menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang tuan rumah, Taiwan, esok.
"Secara keseluruhannya, masih banyak aspek yang perlu ditingkatkan.
"Saya mempunyai sehari untuk persiapan menghadapi perlawanan kedua," katanya lagi.