Baki 2.5 saat permainan membawa kejayaan buat skuad futsal negara menundukkan pasukan keenam terbaik Asia, Vietnam, yang juga merupakan pasukan pilihan menerusi gol kemenangan Awaluddin Mat Nawi untuk keputusan akhir 2-1.
Awaluddin nyata menjadi duri dalam daging buat Vietnam apabila menyumbat dua gol buat Malaysia, seterusnya menjadi amaran buat pencabar dalam Kumpulan A, menerusi aksi terpuji.
Bagaimanapun, pintu gol Malaysia lebih dahulu bocor pada minit ke-19 menerusi Vu Duc Tung, sekali gus memberi tekanan buat skuad negara.
Ketinggalan 1-0 menyaksikan tempo anak buah Chiew Chun Yong semakin rancak dalam misi memburu jaringan penyamaan.
Pada babak kedua, Malaysia semakin galak menyerang sambil Vietnam turut semakin agresif untuk menambah gol.
Namun, Malaysia akhirnya menggegarkan gawang lawan menerusi jaringan penyamaan Awaluddin pada minit ke-36.
Pada ketika perlawanan seakan-akan tamat dengan seri, sekali lagi Awaluddin tampil meledak gol kemenangan Malaysia ketika perlawanan berbaki hanya 2.5 saat.
Skuad negara seterusnya akan menentang Taiwan, Sabtu ini, sebelum bertemu Bahrain, dua hari kemudian.