Jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, menyifatkan kelemahan pertahanan dan kurangnya disiplin ketika menyerang adalah punca pasukannya tewas 5-4 kepada tuan rumah, Taiwan, dalam perlawanan kedua Kumpulan A semalam.
Susulan kejayaan menundukkan Vietnam 2-1 dalam aksi pertama, keyakinan pemain negara tampak begitu tinggi untuk bertemu Taiwan.
Ia jelas dapat dilihat apabila mereka berjaya mendominasi permainan, namun keyakinan barisan negara terjerat apabila dibolosi beberapa gol mudah sehingga terpaksa berputih mata.
"Selepas menang ke atas Vietnam, saya tidak fikir anak buah saya bersikap terlalu yakin.
"Pada separuh masa pertama, mereka mengikut perancangan permainan, cuma isu utamanya adalah gagal menguasai bola," kata Chun Yong.
Ini kekalahan kedua skuad negara kepada Taiwan selepas tumbang 3-2 dalam kejohanan yang sama, empat tahun lalu.
Bagi bekas pemain futsla negara, Fairuz Mohd Noor, Chun Yong perlu segera memperbaiki kelemahan pertahanan pasukannya untuk berdepan Bahrain dalam aksi terakhir kumpulan, esok.
Tiga gol yang dihasilkan Taiwan melalui pergerakan yang sama, namun pemain negara tidak peka.
"Saya harap pemain negara bersedia dengan corak fizikal Bahrain manakala dari segi taktikal, Malaysia boleh mengalahkan mereka," kata Fairuz.
Dalam perlawanan itu, skuad futsal yang ketinggalan 4-1 menyamakan kedudukan 4-4 sebelum tewas, dengan tiga daripada empat gol Malaysia terhasil menerusi taktikal 'powerplay'.